Friday, June 11, 2010

MELAYU MALAS??


Istilah Melayu lahir sebaik sahaja kerajaan Kesultanan Melaka diasakan pada tahun 1400 dan ia juga merujuk kepada Jambi sebagai asal tempat bermulanya ketamadunan masyarakat Melayu sekitar awal kurun ketujuh Masihi.Namun,megikut perlembagaan MALAYSIA,melayu mestilah pertama, individu itu beragama Islam, diikuti tahu berbahasa Melayu dan ketiga ada mengamalkan adat istiadat budaya norma masyarakat Melayu yang diiktiraf sejak dari turun-temurun.

Namun demikian,melayu kian pupus..masyarakat melayu kian malas.Kami memandang serius terhadap kealpaan bangsa Melayu yang tidak memanfaatkan pelbagai skim kemahiran dan bantuan usahawan yang telah diujudkan oleh puluhan agensi kerajaan .

Ratusan skim latihan teknikal dan vokasional telah diatur untuk kaum bumiputera mendapat segala bentuk kemahiran supaya boleh hidup berdikari.
Sebut sahaja apa latihan kemahiran yang dikehendaki. Hampir semua bidang kita punya agensi yang boleh melatih seseorang itu untuk memperolehi kemahiran yang diperlukan. Dari Pertanian sehingga menjadi tukang masak yang mahir , semua kemahiran boleh dicari asalkan bangsa Melayu mahu memajukan diri

Sementera kita mempunyai ribuan graduan yang menganggur , manakala jutaan pekerja asing , kenapa kemudahan yang sedemikian banyak tidak dimanfaatkan oleh orang Melayu tempatan.

Pekerja asing yang sedemikian ramai mempunyai sikap yang serius untuk mencari makan di negara ini dan dalam masa yang singkat mereka kini berkemahiran dalam pelbagai bidang dari sekecil-kecil membancuh simen sehingga mendirikan bangunan pencakar langit. Bukan sahaja mereka nekad , akan tetapi juga mereka akan pasti jauh lebih mahir dari rakyat kita sendiri.

Sebagai bandingan orang bukan Melayu mempunyai keupayaan untuk hidup berdikari tanpa terlalu bergantung kepada bantuan dari kerajaan.

Lihat sahaja pengamatan umum betapa kebanyakan anak-anak kecil dikalangan orang Cina dilihat mereka melatih anak mereka supaya mahir dalam pekerjaan kedai-kedai yang dimilikki orang tua mereka. Dari bengkel basikal sehingga kemahiran memperbaikki jam.

Anak-anak Cina sukar dicari dalam keadaan menganggur , betapapun ada yang tidak berpendidikan tinggi. Dari awal lagi komitmen ibubapa mereka terhadap pendidikan
anak-anak jauh lebih tinggi dari bangsa Melayu sendiri.

Ribuan sekolah jenis kebangsaan Cina mampu berdikari adalah kerana ibubapa anak-anak Cina tidak berkeberatan utnuk menyumbang demi kemajuan pendidikan anak mereka.

Menurut kajian,jumlah pengguran dalam kalangan orang Melayu adalah memajoriti dalam masalah pengangguran di Malaysia berbanding dengan kaum lain.

TEKaN DI SINI

ibu vs binatang



Isu ini telah lama diketengahkan oleh banyak pihak. Ada yang menangis mengenangkan nasib ciptaan Allah ini yang tidak dipandang dan dicampak merata-rata seolah-olah ianya sesuatu yang Allah ciptakan tanpa nyawa. Padahal ianya adalah ciptaan Allah yang suci dari sebarang dosa tetapi dilahirkan daripada dosa insan yang bernafsukan syaitan.

Inilah yang telah berlaku pada masyarakat kita pada masakini. Maksiat dan aktiviti seksual yang bebas berlaku dimana-mana. Anak-anak remaja kini terutamanya remaja Melayu yang beragama Islam tidak mengenal dosa atau pahala. Malah ada diantara mereka yang mempunyai pendidikan yang tinggi dan belajar di IPT-IPT yang memberikan pendidikan yang baik. Semua yang dilakukan hanya untuk memuaskan diri sendiri tetapi tidak memikirkan apa yang dilakukan hanya mendatangkan dosa. Dari perbuatan dosa inilah yang melahirkan satu janin yang lahir bukan dari kehendak mereka tetapi dari nafsu serakah mereka yang mementingkan diri sendiri.

Hampir setiap minggu kita mendengar dari televisyen, akhbar dan majalah tentang kes pembuangan bayi dan kebanyakannya yang ditemui mati dalam keadaan yang menyedihkan dan ada yang bernasib baik ditemui dalam keadaan masih hidup. Tong sampah, tempat pembuangan sampah, lubang tandas, tempat awam seperti masjid dan tandas awam dan sebagainya menjadi tempat dimana bayi-bayi malang ini ditemui.

Apakah kita ini ingin digelar masyarakat yang tidak bertamadun dan tidak berperikemanusiaan sepertimana yang terjadi di zaman jahiliyah sebelum kedatangan Islam. Kanak-kanak terutamanya perempuan dibunuh dan ditanam hidup-hidup untuk menutup malu dan hanya untuk mempertahankan maruah keluarga. Tetapi lihatlah apa yang telah terjadi pada zaman sekarang. Kanak-kanak juga dilayan sebegitu tanpa rasa belas kasihan dan dibuang merata-rata demi untuk menutup malu dan menjaga maruah orang yang melakukannya.
Kes pembuangan bayi semakin meningkat dari hari ke hari. Telah banyak usaha kerajaan untuk membasmi gejala ini. Kempen, pertunjukan, denda seperti penjara 20 tahun kepada sesiapa yang didapati bersalah melakukan jenayah ini juga telah dijalankan, namun usaha ini tidak menampakkan hasil malah ianya semakin menjadi-jadi sehingga tidak dapat di bendung lagi

Islam dan agama utama di Malaysia yang lain sangat mengharamkan dan menegah pengguguran dan pembuangan bayi di kalangan masyarakat. Ianya boleh dianggap satu dosa yang besar kerana membunuh dengan niat.
TEKAN DI SINI

`ROCK` selalu curang


SEDANG sibuk menaip artikel, Cik Normah menerima satu pesanan daripada seorang teman yang cantik persis model. Sebenarnya tujuan dia hanyalah untuk bertanya khabar, tetapi kebetulan pula terjumpa sesuatu yang tidak kurang menarik juga untuk dikongsi.

Katanya, sewaktu melewati jalan yang sunyi di kawasan Bukit Bintang, di tengah ibu negara, dia ternampak sekeping kertas yang dilekatkan pada tiang lampu. Mula-mula dia nak buat tak tahu saja, tetapi apabila semakin menghampiri tiang berkenaan, dia ternampak gambar rockers nombor satu tanah air, Amy Search terpampang di situ.

Cik Normah nak cabar orang yang buat onar itu, kalau betul apa yang dia katakan itu, minta hubungi Cik Normah. Jangan nak buat fitnah semata-mata. Kasihan abang Amy. Walaupun betul dia ada buat silap, apa salahnya tegur baik-baik bukan dengan cara yang memalukan macam itu. Amy pun ada maruah dan harga diri. Janganlah nak fitnah dia dengan melulu pula.
SEDANG sibuk menaip artikel, Cik Normah menerima satu pesanan daripada seorang teman yang cantik persis model. Sebenarnya tujuan dia hanyalah untuk bertanya khabar, tetapi kebetulan pula terjumpa sesuatu yang tidak kurang menarik juga untuk dikongsi.

Katanya, sewaktu melewati jalan yang sunyi di kawasan Bukit Bintang, di tengah ibu negara, dia ternampak sekeping kertas yang dilekatkan pada tiang lampu. Mula-mula dia nak buat tak tahu saja, tetapi apabila semakin menghampiri tiang berkenaan, dia ternampak gambar rockers nombor satu tanah air, Amy Search terpampang di situ.
Terkejut besar dan hampir tercampak payung yang dipegang apabila membaca tulisan yang ditulis pada kertas itu. Antaranya jangan percaya dengan ini orang, sila bayar hutang orang, ramai yang sudah tertipu serta macam-macam lagilah.
Cik Normah tak pasti apakah tujuan orang itu berbuat demikian. Adakah dia saja nak sabotaj dan memalukan Amy Search atau dia sememangnya mempunyai sejarah hitam dengan penyanyi itu. Maklumlah apabila menjadi artis ini, ramai yang cemburu. Jangan kata orang jauh, orang dekat dengan kita pun kadang-kala tak suka nak melihat kita senang.

Kalau ada nombor telefon orang itu, bolehlah Cik Normah bertanyakan perkara sebenar. Ini setakat tampal gambar. Gambar fotostat pula tu. Sesiapa pun boleh buat. Apa pun Cik Normah tak berani nak komen lebih-lebih. Maklumlah zaman sekarang ini, kalau silap cakap saja alamat nanti melayang pula surat saman. Takutlah Cik Normah.

Cik Normah nak cabar orang yang buat onar itu, kalau betul apa yang dia katakan itu, minta hubungi Cik Normah. Jangan nak buat fitnah semata-mata. Kasihan abang Amy. Walaupun betul dia ada buat silap, apa salahnya tegur baik-baik bukan dengan cara yang memalukan macam itu. Amy pun ada maruah dan harga diri. Janganlah nak fitnah dia dengan melulu pula.
sumber:berita harian